Lumrah dalam sukan profesional bolasepak moden di mana masalah penggajian atau upah bermain bolasepak ini menjadi kegusaran di antara pihak pekerja dan juga pihak majikan.
Bintang bolasepak antarabangsa juga tidak terlepas dari permasalahan ini kerana sebagai individu jua, gaji perlulah setimpal dengan apa yang ditawarkan dengan aksi yang dilakukan di padang pertempuran.
Bekas bintang Portugal Paulo Futre menyifatkan Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid jika tidak ditawarkan gaji yang lebih besar.
Penyerang berusia 30 tahun itu membuktikan bahawa dia masih lagi berbisa selepas meledak 27 gol musim ini, sekaligus memastikan dia di dalam radar kelab-kelab lain berusaha untuk mendapatkan khidmatnya dengan tawaran gaji yang lebih banyak.
Namun, kedudukan Real yang semakin tergugat, tersingkir daripada Copa Del Rey dan kegagalan dirinya untuk merangkul Bola Emas buat kali keempat dilihat sebagai penghujung kariernya bersama Real.
Futre melihat Paris Saint-Germain dan Manchester United merupakan destinasi utama Ronaldo jika membuat keputusan untuk meninggalkan Real Madrid.
"Dia mungkin akan sertai PSG atau kembali ke Manchester United, dan saya yakin Ronaldo akan meninggalkan Santiago Bernabeu musim panas ini."
Kontrak Ronaldo bersama The Galacticos bakal tamat musim panas tahun hadapan dan pihak pengurusan harus segera menyediakan kontrak baru, manakala Ronaldo juga turut meluahkan hasratnya untuk beraksi di MLS.
"Ini merupakan peluang terakhir buat Ronaldo dan ejennya Jorge Mendes dalam usahanya untuk berbincang mendapatkan kontrak yang lumayan."
"Apa yang pasti kejayaan memenangi piala musim ini merupakan jalan terbaik untuk memujuk Ronaldo supaya kekal di Madrid."
VIDEO: Cristiano Ronaldo Picking Up Girls
SUMBER: stadiumastro
No comments:
Post a Comment