Wednesday, 27 January 2016

KEMASUKAN 3 PEMAIN IMPORT BARU, MAKA LENGKAPLAH SKUAD LIGA SUPER KELANTAN MUSIM 2016





Ketandusan dan kurang gemerlapan warna-warni dunia bolasepak di kalangan peminat-peminat Kelantan FA amatlah dirasakan apabila sudah beberapa tahun tidak menunjukkan peningkatan ketara dalam persaingan liga di antara pesaing-pesaing utama di dalam liga mahupun pertukaran pemain.

Namun permasalahan ini dapat dirungkai apabila musim ini, pasukan dengan jolokan baharu, Pamoga Qu Puteh The Red Warriors ini terlahir dari rencana penaja utama mereka iaitu Dato' Seri Vida, seorang usahawan anak watan yang cuba mewarnai arena bolasepak tempatan dengan caranya yang tersendiri.

Tan Sri Annuar Musa melalui laman Facebook rasminya memaklumkan Kelantan telah bersetuju untuk menyenaraikan Dramane Traore (Mali), Johnathan Aparecido da Silva (Brazil) dan Jonatan Lucca (Brazil) sebagai pemain import rasmi Kelantan pada musim melengkapkan kouta 4 pemain import pilihan Kelantan selain Jonathan Mc Kain yang telah bersama Kelantan sejak musim 2015 yang lalu.

Tan Sri Annuar Musa juga turut menegaskan pemilihan pemain import kali ini mengikut standard piawaian badan kelolaan bolasepak antarabangsa, FIFA dan berharap tiada sebarang masalah dengan pemilihan pemain-pemain import ini oleh seluruh peminat bolasepak Kelantan FA. 

Tahniah kepada pasukan Kelantan FA dan barisan kepimpinan KAFA serta seluruh penyokong Kelantan FA, semoga 2016 menjadi tahun kebangkitan kembali Kelantan 2016.





Di sini adalah senarai ringkas pemain-pemain yang bakal membarisi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors bagi musim 2016



PENJAGA GOL
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd Ramadhan Abdul Hamid
Mohd Shahrizan Ismail


PERTAHANAN
Tuan Muhammad Faim
Mohd Daudsu Jamaluddin
Nik Shahrul Azim
Mohd Farisham Ismail
Muslim Ahmad
Norhafiz Zamani Misbah
Zairul Fitree Ishak
Mohd Zafran Akramin Abdul Razak

TENGAH
Wan Zack Haikal
Wan Zaharulnizam Zakaria
Faizal Abu Bakar
Brendan Gan
Mohd Badhri Mohd Radzi
Mohd Noor Hazrul Bin Mohd Mustafa
Indra Putra Mahayuddin
Faris Shah Rosli
Mohd Qayyum Marjoni Sabil
Muhd Shahrul Hakim Rahim
Muhd Amir Zikri Pauzi
Mohd Rozaimi Azwar

PENYERANG
Abdul Manaf Mamat
Nor Farhan Muhammad
Mohd Khairul Izuan Rosli
Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi





PEMAIN IMPORT 2016
Jonathan McKain (Australia) - KEKAL
Dramane Traore (Mali)
Johnathan Aparecido da Silva (Brazil)
Jonatan Lucca (Brazil)

Presiden/ Pengerusi: Tan Sri Hj. Annuar Musa
Ketua Jurulatih: K. Devan
Penaung Kehormat: Dato' Seri Vida
GOMO KELATE GOMO





VIDEO: Kenangan 2012 | Kelantan FA Muncul Treble 2012




SUMBER: theredwarriors

BAKAL BERPINDAH KE PSG ATAU MANCHESTER UNITED, GAJI CRISTIANO RONALDO DI REAL MADRID MASIH TIDAK MENCUKUPI





Lumrah dalam sukan profesional bolasepak moden di mana masalah penggajian atau upah bermain bolasepak ini menjadi kegusaran di antara pihak pekerja dan juga pihak majikan.

Bintang bolasepak antarabangsa juga tidak terlepas dari permasalahan ini kerana sebagai individu jua, gaji perlulah setimpal dengan apa yang ditawarkan dengan aksi yang dilakukan di padang pertempuran.

Bekas bintang Portugal Paulo Futre menyifatkan Cristiano Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid jika tidak ditawarkan gaji yang lebih besar.





Penyerang berusia 30 tahun itu membuktikan bahawa dia masih lagi berbisa selepas meledak 27 gol musim ini, sekaligus memastikan dia di dalam radar kelab-kelab lain berusaha untuk mendapatkan khidmatnya dengan tawaran gaji yang lebih banyak.

Namun, kedudukan Real yang semakin tergugat, tersingkir daripada Copa Del Rey dan kegagalan dirinya untuk merangkul Bola Emas buat kali keempat dilihat sebagai penghujung kariernya bersama Real.

Futre melihat Paris Saint-Germain dan Manchester United merupakan destinasi utama Ronaldo jika membuat keputusan untuk meninggalkan Real Madrid. 

"Dia mungkin akan sertai PSG atau kembali ke Manchester United, dan saya yakin Ronaldo akan meninggalkan Santiago Bernabeu musim panas ini."





Kontrak Ronaldo bersama The Galacticos bakal tamat musim panas tahun hadapan dan pihak pengurusan harus segera menyediakan kontrak baru, manakala Ronaldo juga turut meluahkan hasratnya untuk beraksi di MLS.

"Ini merupakan peluang terakhir buat Ronaldo dan ejennya Jorge Mendes dalam usahanya untuk berbincang mendapatkan kontrak yang lumayan."

"Apa yang pasti kejayaan memenangi piala musim ini merupakan jalan terbaik untuk memujuk Ronaldo supaya kekal di Madrid."









VIDEO: Cristiano Ronaldo Picking Up Girls




SUMBER: stadiumastro

Tuesday, 26 January 2016

KESEBELASAN UTAMA SKUAD HARIMAU MALAYA JIKA DIWAKILI OLEH PEMAIN NATURALISASI






Isu pemain naturalisasi Malaysia sering kedengaran apabila bermulanya sesuatu kejohanan bolasepak tanahair, di samping mutakhir ini pasukan Malaysia berada di ranking yang kurang memuaskan peminat bola tanahair iaitu di tangga 170.

Artikel ini cuba untuk membuka mata peminat-peminat bolasepak dengan perkembangan pemain-pemain luar yang layak untuk beraksi menyarung jersi Harimau Malaya dengan kaedah naturalisasi ini.





Sam Somerville telah diberi peluang oleh pasukan tersohor selatan tanahair, JDT untuk menjalani ujian bersama kelab tersebut.

Sam bermain di posisi penjaga gawang gol berkelahiran Inggeris yang mewakili kelab Slough Town dalam Liga peringkat ke-7 di England, 'Southern Football League Premier Division'.

Bersusur galur dari darah neneknya yang berasal dari negeri Kedah, beliau ada menyatakan hasratnya menyarung jersi skuad Malaysia suatu hari nanti jika diberi peluang.

Setakat artikel ini ditulis, hanya 3 orang pemain yang mendapat peluang menyarung jersi Harimau Malaya melalui kaedah naturalisasi iaitu Brendan gan, Junior Eldstal dan Matthew Davies.





Sebenarnya ramai pemain luar yang mempunyai asal-usul susur galur berdarah peranakan di Malaysia atau 'Malaysian Roots' yang berpotensi untuk mewakili skuad Malaysia melalui kaedah naturalisasi oleh FAM ini, di samping mereka jua berminat mewakili Malaysia!

Melalui jangkaan yang disusun rapi ini, sebenarnya agak menarik untuk menyenaraikan ke dalam barisan Malaysia XI jika mereka bermain untuk jersi Harimau Malaya ini, kecuali seorang pemain yang sudah layak beraksi untuk negara Scotland, Shaun Maloney.

Beberapa nama yang disenaraikan ini ada yang pernah mewakili Malaysia dan juga ada yang sedang mengikuti siri ujian serta mewakili dengan kelab seperti JDT, Sarawak dan Pahang iaitu Sam Sommerville, Ben King dan Matthew Davies.

Penjaga Gol : Syed Adney Syed Hussin

Penjaga gol ATM ini merupakan anak kelahiran di Liverpool, England dan memulakan karier bola sepak di Malaysia. Beliau pernah mewakili Malaysia sejak tahun 2007 lagi.

Pertahanan Kanan : Dion Cools

Pemain yang mempunyai reputasi tinggi ini bermain di peringkat tertinggi liga di Eropah dengan mewakili skuad Club Brugge yang berpengkalan di negara Belgium dan pernah mewakili skuad Belgium bawah-19 tahun. Dilahirkan di Kuching, Sarawak tetapi berpindah ke negara asal ayahnya di Belgium, ada ura-ura yang menyatakan beliau sedang menunggu kata putus dari FAM mengenai tawaran menyarung jersi Malaysia.

Pertahanan Tengah : Junior Eldstal

Pemain campuran dari sebelah bapanya yang berasal dari negara Sweden ini yang mewakili kelab JDT sudahpun menempa namanya dalam skuad Harimau Malaya dan beraksi dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 untuk skuad Malaysia.

Pertahanan Tengah : Curran Ferns

Pemain Brisbane City di Liga Australia ini merupakan saudara kepada mendiang karpal Singh dan pernah mendapat ujian percubaan di kelab JDT tetapi dilaporkan terdapat kecederaan ketika itu.

Pertahanan Kiri : Daniel Ting

Selepas menghabiskan masa bermain di England, pemain ini mula berhijrah mencari pengalaman baharu dengan menjalani percubaan dengan skuad Sabah dan Sarawak, di negeri kelahiran bapanya.

Sayap Kanan : Wan Kuzain Wan Kamal

Wan Kuzain dikenali melalui aksi lincahnya yang ditunjukkan dalam video Youtube dan viral di Malaysia. Memulakan karier dari US Soccer Academy, beliau telah mendapat siri ujian di negara Belanda dengan kelab tersohor di Eropah, Feyenoord dan seterusnya mendapat panggilan dari negara Amerika Syarikat bagi mewakili skuad USA bawah-17 tahun.

Tengah : Brendan Gan

Brendan telahpun sepenuhnya mendapat kerakyatan Malaysia dan mewakili kelab Kelantan FA menerusi senarai pemain tempatan sejak 2014. Brendan belum lagi diberi peluang menyarung jersi skuad senior Malaysia namun pernah bermain untuk skuad bawah 23 tahun Malaysia pada edisi Piala Asia lalu.

Tengah : Tadashi Takeda

Pemain campuran dari negara matahari terbit, Jepun ini beraksi dalam Liga Division 2 di Jepun mewakili kelab Fagiano Okayama dan masih lagi tidak dipanggil mewakili Jepun dan juga Malaysia.

Sayap Kiri : Tam Sheang Tsung

Pemain berbangsa Cina berkelahiran Jepun dan kedua-dua ibu bapanya warganegara Malaysia, Tam pernah dipanggil menjalani ujian bersama skuad Harimau Muda A di bawah kendalian Dato' Ong Kim Swee. Selepas mencipta nama dalam liga di negara China bersama kelab Shanghai Shenhua, seterusnya ke negara Jepun dengan kelab Avispa Fukuoka, beliau sekarang mewakili kelab Liga Division 2 di Jepun dengan kelab Kataller Toyama.

Penyerang Kedua : Sean Gan Giannelli

Sean merupakan produk pemain bolasepak dari Sekolah Sukan Bukit Jalil yang mempunyai darah campuran Itali dan pernah menyertai pasukan muda kelab Itali, athletico Arezzo ketika berusia 15 tahun. Kini beliau diambil alih oleh pasukan JDT dan diserapkan ke pasukan JDT IV.

Penyerang Utama : Darren Lok

Penyerang kelahiran England ini sedang mewakili kelab Eastbourne Borough yang beraksi dalam Liga Conference South, liga peringkat ke-6 di England dan telah menyatakan hasrat untuk cuba bermain mewakili skuad Harimau Malaya jika diberi peluang terbuka.








VIDEO: Malaysian Wonder Kid (Wan Kuzain Wan Kamal)





SUMBER: fourfourtwo